Wednesday, July 18, 2007

Cuti-cuti Malaysia



Bersama saya dalam rancangan cuti2 malaysia.Kali ini kami akan membawa anda semua ke negeri kedah jelapang padi untuk meninjau kebestsan negeri tersebut.Terletak far far away dari johor baharu.

Dari johor baharu saya dan krew iaitu nazri mat nor berlepas pada pukul 10:30 malam melalui lebuhraya utara selatan menuju ke arah barat daya utara malaysia.Kelajuan selaju 14okm/j menggunakan sebuah kereta wira bernombor flet JGN4419.Dalam perjalanan kami sesama krew berbual mesra sambil makan jajan.Apabila jajan dah habis.Krew pun senyap.Lalu terdengarlah bunyik yang menseram lagi menakutkan di kerusi disebelah pilot bertugas.Sangat menakutkan dan menyeram kan...krohhh!!!krohhh!!! dan krohhh lagi.Rupanya saudara nars kiter tidur berliur2 tak hengat hendaknya.Dengkoq sampai bergetaq teloq.

Aku lah pulak ...selaku main pilot tak leh nak tido coz kalau tido sure pastu tido terus sampai hari pembalasan.So berjaga lah aku membawa kereta.Dan apa yang mampu dilakukan adalah bersabar hinggalah ada perasaan nak terkucil.Berenti isi minyak merangkap gi tandas kat kl.Waktu berenti tetiba krew aku terbangun sambil mengelap air liuq yang meleleh segar di pipi yang gebu itu."kita dah sampai mana nih?"itulah ayat pertama kuar dari mulut krew setelah selesai jajan di settlekan olehnya.Aku wat bodo jer.Gi isi minyak then gi toilet.Kemudian dia pun gi lah laopr diri gak kat toilet gak.Selepas kuar toilet maka segar bugar hendaknya lah krew aku nih.Kami teruskan perjalanan menghala ikut sign board gi ipoh.Dekat2 nak pagi krew kami singgah di simpang 4 semanggol untuk berehat di negeri kelahiran saudara nars.Esok nya kitaorang singgah lah kejap kat bukit merah lake town resort untuk melihat apakah yang best kat situ.Suasana yang best.Ada waterpark..dry land wonder land dan disney land.sungguh menarik melihat pemandangan tasik yang ada itik2 liar didalam nya.Selepas mengambil gambar.Dan bermesra dengan alam terlihat lak permainan paintball 10 kali tembak 10 hengget.Kami pun mencuba.Macam biasa sure aku yang hebat.Maka 10 kali tuh semua mengenai sasaran beb.Gua teror lol.

Selepas itu kami pun terus menuju ke pulau pinang.Bagi penggemar nasik kandar.Maka pulau pinang adalah destinasi yang sesuai.Kami terus menuju ke d'kayu nasik kandar.Memang nasik kandar kat situ macam kayu sedapnyerrr..Dan harganya jugak adalah seperti sudah jatuh di timpa tangga kayu.Mahal giler.Tapi sekali sekala lah kan.Nak buat macam mana lah ek.Takkan nak lari jer.Mestilah bayar jugak.Walaupun ada niat nak pukul tokei tuh dengan kayu bila tgk bil.

seterusnya pulak kami menuju ke kedah negeri jelapang padi.Untuk bersama kakak angkat aku salsabila bt mukti.Akak yang putih mulus dan cantik itu telah sekaligus menghilangkan penat berjalan bila memandangnya.Maka setelah sampai di alor staq kedah kami disambut meriah oleh paluan kompang.Lalu menuju ke hotel berdekatan dengan shopping komplek yang aku dah lupa namanya.Selepas tuh kitaorang pun gi lah makan dengan mami.Mak si kak yan nih.Mak aku jugak lah kan sebab kak yan akak angkat aku.Maka selepas makan dan sesi suai kenal kitaorang pun balik lah tido kat hotel.Esok nya lepas tengok jadual,kitaorang dapat arahan untuk masuk langkawi bagi program cuti2 malaysia nih.Tuh lah kali pertama kitaorang gi langkawi.Krew yang pergi adalah seperti berikut:

1.Nars(cameraman)
2.Kerol(pengacara rancangan)
3.k.yan(jurumekap)
4.mimi(Jurucakap isssssland)

kami menaiki bot di kuala muda pagi2 dalam 2 jam macam tuh sampai lah langkawi.Kat situ lah aku kenal dengan abng botak iaitu abg rahim yang mengenalkan kami kepada langkawi.Beli pakej dengan dia.Dapatlah hotel murah katanya.So aktiviti kami dah di arrange oleh abg rahim yang botak lagi handsome tersebut.Jadualnya seperti berikut:

1st day:
Kitaorang sampai jer langkawi terus dapat keta sewa.Lalu menuju ke hotel langkasuka.Check in pastu lepak dalam bilik.Mandi2...pastu ronda2 kat langkawi.Naik kereta yang telah siap di sewa.KItaorang gi main boling malam nya kat jeti tuh ada kompleks bebas cukai.Pastu kitaorang karaoke.Lepas penat melalak kitaorang pun lepak makan.Pastu dah kenyang balik bilik dan terus tido....

2nd day:
kitaorang gi island hopping.Menarik gak island hopping nih...1st kitaorang gi tasik dayang bunting..Kat situlah jurucakap kami si mimi jumpa mata ikan waktu kami berbasikal air di tasik dayang bunting.Mana kala juru mekap kami saudari k.yan dan saudara nas bergeli2 dengan ikan haruan yang kononnya pandai urut kaki.Selepas itu kitaorang bertolak lak ke pulau beras basah.Waktu tu lah mimi jadi dugong...hahhahaha...aku pun teman lah cik dugong mandi terdampar di pantai indah permai itu........





bersambung part 2........

Rehat Dan Rawat


Assalamualaikum...Hi dan hoi kepada semua pembaca.Sure semua pernah gi kawasan rehat dan rawat(RNR) kan...Tapi blog nih bukan aku buat nak citer pasal kawasan RNR tuh.Tu topik jer...Penat2 surfing ker buat kerja ker.Lepak lah kejap kat blog aku yang tak seberapa nih.Bukan tumpang kencing atau berak tapi saja jer lah kan baca apa yang aku nak merepek dalam nih ha.

Sebelum tuh aku nak kenal kan diri aku.Nama gua khairul.Orang panggil kerol,wak n kalau manja sikit orang panggil azhar lah yer.Asal sarawak.Kuching sarawak.Hidup berpindah randah macam orang nomad.Tapi sekarang berhenti kat johor baharu.Hobby i adalah berjalan mengelilingi semenanjung.Seluruh semenanjung sabah n sarawak aku telah berjaya takluki.Nanti lah kita share2 citer2 sepanjang perjalanan hidup aku kat sini sana dan sinun..Life aku simple fun and adventures.Kadang2 leh jadi extream.And kadang2 boleh jadi sentimental.Means that i'm a normal person.Tak happy lebih sangat.Tak sedih lebih sangat.Aku anak ke 7 dari tujuh adik beradik tapi aku nih tak lah manja sangat.Berbanding abg aku kira dia yang lagi manja dari aku lah.Apa lagi ek.Aku rasa cukup takat tuh lah.Lepas nih kita sambung lagi Dalam rancangan rehat dan rawat bersama Kerol.Lupa lak nak cakap.Ribuan terima kasih kepada pihak blogspot sebab bagi ruang kat aku untuk menulis dalam blogspot nih ha.Jutaan terima kasih juga kepada pihak gmail kerana menjemput aku untuk bukak account gmail di gmail.com.Dan setinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada jari jemari aku kerana bersusah payah menekan butang keyboard nih ha untuk aku.Aku sayang kamu bersepuloh.Akhir kata terima kasih kepada korang sebab sudi mengelik blog aku nih...adios amigos gua mohon berambus....